AAina, 2 paxSah
RRizal, 4 paxSah
MMei Ling, 3 paxBaru
KKumar, 2 paxSah
Untuk owner bisnes yang nak urus sales, staf dan operasi dalam satu tempat, di phone atau laptop.
Kenapa sistem sendiri lebih masuk akal, cara kami bina, dan cara guna portal. Semua dalam satu video.
Ramai owner tahu bisnes mereka perlukan sistem. Tapi bila dengar harga, terus tangguh. Akhirnya kerja masih jalan dengan Excel, WhatsApp dan buku catatan.
Bayar besar di depan. Kalau keperluan berubah separuh jalan, kos naik lagi.
Nampak murah, tapi bayar setiap bulan selama-lamanya. Berhenti bayar, data dan sistem pun hilang.
Percuma, tapi data bersepah, susah cari, dan semua bergantung pada seorang dua staf.
Ada cara yang lebih masuk akal. Bina sendiri, berperingkat.
Tiada siapa bina rumah sekali jalan. Mula dengan asas, kemudian dinding dan bumbung, kemudian hias dalam rumah. Sistem pun sama.
AsasAkaun syarikat, login staf, pangkalan data, dan semua data lama dipindah masuk. Dibuat sekali sahaja.
Dinding dan bumbungSistem pertama yang paling anda perlukan. Contoh: tempahan, stok, atau senarai pelanggan.
Hiasan dalamanAutomasi kerja berulang. Contoh: peringatan WhatsApp, invois automatik, laporan harian.
Perabot dan tambahanCiri kecil yang buat sistem rasa lengkap. Ramai yang tambah selepas 2 hingga 3 bulan guna.
Asas dibayar sekali sahaja. Lepas itu, setiap tambahan cuma bayar untuk kerja itu sahaja.
Ini tapak untuk semua sistem anda selepas ini. Bila asas dah ada, setiap tambahan jadi lebih cepat dan lebih murah, sebab kerja asas tak perlu dibuat semula.
Kos pihak ketiga seperti domain, hosting atau WhatsApp API (jika digunakan) dibayar terus oleh anda, dan disenaraikan dengan jelas dalam portal. Penyelenggaraan hanya bila anda minta; tiada kontrak paksa.
Semua sistem yang kami bina boleh dipasang di phone owner dan staf. Ada ikon syarikat anda sendiri, buka penuh skrin, tak perlu Play Store atau App Store.
Sistem tak tersenarai untuk orang awam. Hanya staf yang ada akaun boleh masuk, dan setiap kemas kini terus sampai ke semua staf tanpa perlu update.
Anda isi kredit dalam akaun. Setiap kerja ada harga kredit yang jelas sebelum mula. Kredit ditolak hanya untuk kerja yang anda setuju.
Buka akaun percuma di portal ZYK. Isi kredit bermula RM300. 1 kredit = RM2.
Pilih dari senarai, atau terangkan apa yang anda nak. Harga kredit ditunjuk dulu sebelum apa-apa ditolak.
Skop kerja
Harga dalam kredit
Anggaran tarikh siap
Surat Lantikan (LOA) ditandatangan secara digital dalam portal sebelum kerja mula. Pantau status bila-bila masa.
Setiap kerja ada 2 kali pindaan percuma. Nak tambah ciri baru? Isi kredit lagi bila bersedia.
Pindaan percuma 2 kali
Diterima, siap guna
Kerja didahulukan. Contoh kerja kecil siap dalam 1 hari bekerja.
Aliran biasa. Contoh kerja kecil 3 hari, kerja sederhana 7 hari bekerja.
Jimat 20% kredit untuk kerja yang tidak mendesak.
Tempoh siap dikira dalam hari bekerja, bermula selepas skop diluluskan dan bahan lengkap diterima.
Lebih 100 jenis sistem, disusun ikut department. Pilih dalam portal, terus nampak skop dan harga kredit setiap satu.
Kerja yang tiada dalam senarai boleh dimohon sebagai Kerja Khas.

Kredit yang anda beli tiada tarikh luput.
Baki kredit berbayar boleh dipulangkan, tolak yuran proses tetap RM50. Jumlah dikira automatik dalam portal.
Ubah fikiran dalam 7 hari dan belum guna? Pulang penuh, tanpa yuran.
Ada bug dalam kerja yang kami siapkan? Kami baiki percuma dalam 30 hari.
Sistem yang siap dibayar ialah milik anda.
Skop, harga dan syarat ditandatangan digital sebelum kerja mula.
Ceritakan bisnes anda. Kami cadangkan sistem pertama yang paling berbaloi, dan anggaran kreditnya, dalam sesi 30 minit tanpa komitmen.
Kami akan WhatsApp anda dalam masa 1 jam (waktu bekerja). Nak lebih cepat? Teruskan di WhatsApp, mesej dah siap ditulis.
Teruskan di WhatsAppTop-up minimum RM300. Sistem pertama biasanya bermula dengan Asas Sistem, dibayar sekali sahaja. Anggaran penuh diberi selepas sesi perancangan percuma.
Tiada. Anda bayar hanya untuk kerja yang dibuat. Tiada kontrak minimum dan tiada pembaharuan automatik.
Anda. Sistem yang siap dibayar ialah hak milik anda.
Baki dalam akaun anda untuk bayar kerja. 1 kredit = RM2. Setiap kerja ada harga kredit yang ditunjuk sebelum mula, dan kredit hanya ditolak untuk kerja yang anda setuju.
Kredit yang anda beli tiada tarikh luput. Kredit percuma dan ganjaran ada tempoh sah, dan tarikhnya ditunjuk dalam portal.
Baki kredit berbayar boleh direfund, tolak yuran proses RM50. Dalam 7 hari selepas top-up dan belum guna, pulang penuh tanpa yuran. Kredit bonus dan kredit percuma tidak boleh direfund. Butang refund dalam portal kira jumlah layak secara automatik.
Kredit tambahan bila anda top-up lebih. Susunan guna: kredit percuma dahulu, kemudian berbayar, kemudian bonus.
Kos pihak ketiga seperti domain, hosting atau WhatsApp API dibayar terus oleh anda kepada pembekal, dan disenaraikan dalam portal.
Tak perlu. Sistem dipasang terus dari link ke skrin utama phone, dan hanya staf yang ada akaun boleh masuk. Bila kami kemas kini sistem, semua staf terus dapat versi terbaru.
Bug dalam kerja yang kami siapkan dibaiki percuma dalam 30 hari. Selepas itu, penyelenggaraan dibuat bila anda minta.
Boleh. Belum mula: kredit pulang 100%. Sedang dibina: 50%. Sudah dihantar untuk semakan: tiada pulangan.
Bergantung pada saiz kerja dan kelajuan yang dipilih. Tarikh anggaran ditunjuk sebelum anda setuju.
Boleh. Kami latih staf anda dan beri video panduan untuk rujukan.
Daftar dalam 1 minit. Kredit percuma aktif selepas top-up pertama anda. Tiada bayaran bulanan.