TERMA & SYARAT
Terma & Syarat
Top-up Kredit & Refund · Kemas kini terakhir: 23 Oktober 2026
Terma ini terpakai untuk semua top-up kredit dan kerja yang dibuat melalui portal ZYK Tech Solutions (portal.zyktech.my). Dengan mendaftar akaun atau membuat top-up, anda bersetuju dengan terma ini. Top-up yang dibuat sebelum tarikh di atas kekal tertakluk kepada terma yang anda setujui semasa top-up tersebut.
- Kredit. Kredit ialah unit untuk membayar kerja sistem dalam portal. Harga asas: 1 kredit = RM2. Tiada bayaran bulanan, tiada kontrak minimum dan tiada pembaharuan automatik.
- Top-up. Top-up minimum RM300, dalam gandaan RM100. Setiap top-up ialah satu transaksi berasingan dan menerima resit rasmi dalam portal. Kredit aktif selepas bayaran disahkan.
- Kredit bonus. Top-up yang lebih besar menerima kredit bonus percuma. Kadar bonus dipaparkan dalam portal sebelum anda membayar. Bonus dikira bagi setiap transaksi top-up sahaja; beberapa top-up kecil tidak digabung untuk mendapat kadar lebih tinggi. Jumlah di antara dua aras menerima kadar aras yang lebih rendah, dan bonus dibundarkan ke bawah kepada kredit penuh.
- Tiga baki. Portal memaparkan baki kredit percuma, kredit berbayar (dibeli dengan wang) dan kredit bonus secara berasingan. Kredit percuma digunakan dahulu (yang paling hampir luput dahulu), kemudian kredit berbayar; kredit bonus digunakan selepas semua kredit berbayar habis.
- Kredit tidak hangus. Kredit yang dibeli tiada tarikh luput. Jika akaun tiada aktiviti selama 24 bulan, ZYK akan menghubungi anda. Jika tiada maklum balas dalam 30 hari, baki kredit berbayar dipulangkan mengikut formula refund di bawah.
- Kredit percuma. Kredit percuma pendaftaran (300 kredit, sekali bagi setiap syarikat ikut nombor SSM) aktif selepas top-up pertama disahkan. Kredit rujukan (500 kredit) diberi apabila rakan bisnes yang anda rujuk membuat top-up pertama RM1,000 ke atas, mula menggunakan kredit untuk kerja, dan tempoh bertenang 7 hari top-up tersebut tamat tanpa refund. Rujukan dibatalkan jika top-up rakan direfund. Kredit misi diberi selepas disemak oleh ZYK. Semua kredit percuma ada tempoh sah yang dipaparkan dalam portal, dan tidak boleh direfund, ditunaikan atau dipindah. ZYK tidak memberi kredit sebagai balasan ulasan Google.
- Kerja & kelulusan. Setiap kerja memaparkan kos dalam kredit sebelum anda bersetuju. Kerja Khas dianggar oleh ZYK dahulu. Tiada kredit ditolak sebelum anda meluluskan anggaran, dan kos kredit dikunci apabila diluluskan. ZYK boleh mengubah kos servis dalam katalog dari semasa ke semasa tanpa menjejaskan kerja yang sudah diluluskan.
- Surat Lantikan (LOA). Skop, harga dan syarat kerja ditandatangan secara digital dalam portal sebelum kerja dimulakan. Kerja tambahan direkod sebagai lampiran kepada LOA.
- Kelajuan & tempoh siap. Urgent menggunakan kredit x1.5, Standard x1.0 dan Santai x0.8. Tempoh siap dikira dalam hari bekerja, bermula selepas skop diluluskan dan semua bahan serta akses diterima.
- Semakan & penerimaan. Setiap kerja termasuk 2 kali semakan percuma selepas diserahkan; semakan tambahan dianggar dalam kredit. Kerja dianggap diterima apabila anda meluluskannya dalam portal, atau tiada maklum balas dalam 7 hari selepas diserahkan.
- Waranti bug. Bug yang dijumpai dalam 30 hari selepas kerja diserahkan dibaiki tanpa kredit. Perubahan skop atau fungsi baharu bukan bug dan dianggar dalam kredit.
- Pembatalan kerja. Kerja yang belum dimulakan: 100% kredit dikembalikan ke baki. Kerja yang sedang dibina: 50%. Kerja yang sudah dihantar untuk semakan: tiada pulangan. Jika ZYK tidak dapat menyiapkan kerja yang diluluskan, kredit kerja tersebut dikembalikan ke baki anda.
- Refund. Hanya baki kredit berbayar boleh direfund, pada harga asas RM2 sekredit, tolak yuran proses tetap RM50 bagi setiap permohonan: refund = baki kredit berbayar × RM2 − RM50. Nilai minimum ialah RM100 sebelum yuran; baki di bawah RM100 kekal sebagai kredit. Kredit bonus dibatalkan apabila refund diproses.
- Tempoh bertenang 7 hari. Jika tiada kredit digunakan dalam 7 hari selepas sesuatu top-up, anda boleh memohon refund penuh top-up tersebut tanpa yuran.
- Kredit percuma pendaftaran. Kredit percuma pendaftaran diaktifkan bersama top-up pertama. Jika top-up pertama direfund (termasuk dalam tempoh bertenang), baki kredit percuma pendaftaran yang belum digunakan dibatalkan, dan nilai kredit percuma pendaftaran yang telah digunakan (bilangan kredit × RM2) ditolak daripada jumlah refund.
- Tidak layak refund. Kredit bonus; semua kredit percuma; kredit untuk kerja yang sudah diterima, diluluskan atau sedang dibina; kos pihak ketiga yang dibayar oleh ZYK bagi pihak anda; dan akaun yang sedang dalam pertikaian bayaran (chargeback).
- Proses refund. Hanya pemilik akaun boleh memohon refund. Portal memaparkan pengiraan penuh dan sebab bagi setiap jumlah sebelum permohonan dihantar. Top-up yang dibayar secara online (kad, FPX atau DuitNow QR) dipulangkan melalui gateway pembayaran ke kaedah bayaran asal. Top-up melalui pindahan bank dipulangkan ke akaun bank atas nama syarikat yang sama dengan pendaftaran SSM akaun tersebut. Refund diproses dalam 7 hari bekerja dari tarikh permohonan. Baki kredit dibekukan semasa permohonan diproses. Had satu permohonan refund setiap 3 bulan bagi setiap akaun.
- Larangan. Kredit tidak boleh dipindah kepada akaun atau syarikat lain, dan tidak boleh ditunaikan sebagai wang kecuali melalui proses refund. Membuka lebih dari satu akaun untuk syarikat yang sama bagi mendapat kredit percuma atau bonus tambahan tidak dibenarkan; ZYK boleh menggabung atau menutup akaun tersebut. Jika bayaran top-up ditarik balik melalui chargeback, kredit daripada top-up itu dibatalkan, dan kerja yang telah dibuat menggunakan kredit tersebut kekal perlu dibayar.
- Hak milik. Sistem yang telah dibayar sepenuhnya menjadi milik anda. Sistem, kod sumber dan data milik anda, dan dihos atas akaun anda sendiri. Data anda boleh dieksport tanpa caj.
- Kos pihak ketiga. Kos seperti hosting, domain, WhatsApp API, payment gateway, SMS/OTP dan AI dibayar terus oleh anda kepada pembekal. Senarai penuh dipaparkan dalam portal.
- Penyelenggaraan. Penyelenggaraan selepas sistem siap adalah ikut permintaan anda, dan kosnya dianggar dalam kredit sebelum kerja dimulakan. Tiada kontrak penyelenggaraan wajib.
- Penamatan. ZYK boleh menamatkan servis jika akaun digunakan untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang, atau jika berlaku kelakuan kasar atau ugutan terhadap team ZYK. Baki kredit berbayar dipulangkan mengikut formula refund. Jika ZYK berhenti beroperasi, semua baki kredit berbayar dipulangkan mengikut formula yang sama.
- Tanggungjawab anda. Anda bertanggungjawab ke atas kandungan, gambar dan maklumat yang dibekalkan, serta kesahihan penggunaan sistem dalam bisnes anda.
- Had tanggungan. Tanggungan ZYK bagi apa-apa tuntutan adalah terhad kepada nilai kredit yang digunakan untuk kerja berkenaan.
- Rekod & persetujuan. Persetujuan anda kepada terma ini direkod dalam portal bagi setiap top-up (versi, tarikh dan masa, pengguna). Hanya terma dan rekod dalam portal yang terpakai; janji melalui WhatsApp, panggilan atau lisan yang bercanggah dengan terma ini tidak mengikat kecuali disahkan secara bertulis dalam portal.
- Data peribadi. Data anda diurus mengikut Dasar Privasi kami.
- Perubahan terma. ZYK boleh mengemas kini terma ini dan akan memaklumkan anda melalui portal dan e-mel sebelum versi baharu berkuat kuasa. Tarikh kemas kini dipaparkan di atas. Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Pertanyaan: hello@zyktech.my · WhatsApp 011-7227 2768