Customer minta harga hari ini. Quotation sampai 3 hari lagi.
Waktu itu customer dah dapat harga dari kedai lain. Kami bina sistem sebut harga ikut formula harga anda sendiri, supaya sales boleh kira di tapak dan hantar quotation PDF ke WhatsApp customer dalam beberapa minit.
Satu sebut harga, dua cara
Masalah yang hampir setiap bisnes kabinet hadapi.
Quotation lambat
Sales ukur, kemudian tunggu orang pejabat kira. Customer yang panas jadi sejuk.
Harga lain staf lain
Setiap sales ada cara kira sendiri. Ada yang terlebih diskaun, ada yang terlupa caj.
Lead senyap
Lepas hantar harga, tiada siapa follow-up. Chat tenggelam dalam WhatsApp.
Owner tak nampak
Berapa quotation keluar minggu ini, berapa yang close, siapa pegang lead mana.
Beginilah sales anda kira harga di depan customer.
Ini contoh ringkas. Dalam sistem sebenar, jenis kabinet, material, aksesori, diskaun dan formula semuanya ikut harga anda.
Sistem sebut harga yang ikut cara bisnes anda.
Kira di tapak
Sales buka di telefon semasa site visit. Pilih item, masukkan ukuran, harga terus keluar.
Formula harga anda
Harga per kaki, material, aksesori, caj pemasangan dan had diskaun, semua ikut yang anda tetapkan.
PDF terus ke WhatsApp
Quotation berjenama dengan logo, terma bayaran dan tarikh sah, dihantar sebelum sales tinggalkan rumah customer.
Harga konsisten
Sales baru dan sales lama keluarkan harga yang sama untuk kerja yang sama.
Status setiap quotation
Nampak quotation mana yang belum dijawab, supaya follow-up tak terlepas.
Paparan owner
Jumlah quotation, nilai dan kadar close setiap sales dalam satu skrin.
Kami faham bisnes kabinet dari dalam.
ZYK sudah bina sistem sebut harga, booking dan CRM untuk syarikat kabinet dan wardrobe di Lembah Klang. Kami tahu bagaimana site visit, ukuran, deposit dan pemasangan berjalan.
- Kalkulator sebut harga untuk team sales
- Sistem booking slot konsultasi
- CRM lead dan follow-up
- Notifikasi lead ke Telegram
Mula dengan sebut harga. Sambung bila anda sedia.
CRM follow-up
Setiap lead ada tuan dan tarikh follow-up. Senarai "kena hubungi hari ini" untuk setiap sales.
Booking site visit
Customer pilih slot sendiri dan bayar deposit. Kurang customer yang tak jadi datang.
Bayaran berperingkat
Rekod deposit, bayaran kedua dan baki, dengan peringatan automatik sebelum tarikh bayar.
Notifikasi Telegram
Lead baru dan quotation yang diterima terus masuk ke group team.
Jadual production
Jejak setiap job dari pengesahan sampai pemasangan, dengan due date yang jelas.
Landing page iklan
Page khas untuk iklan anda, dengan borang yang tapis lead tak serius.
Dari call pertama sampai team anda guna.
Audit percuma
Call 30 minit. Kami fahamkan cara anda kira harga sekarang dan di mana masa terbuang.
Bina ikut formula anda
Kami masukkan jenis kabinet, material dan harga anda. Anda tengok kemajuan setiap minggu dan cuba dulu sebelum launch.
Launch dan training
Training staf, video tutorial dan support selepas launch. Sistem direka supaya staf boleh guna tanpa latihan panjang.
Tengok bagaimana ia berfungsi untuk bisnes anda.
- Sesi 30 minit, tanpa paksaan untuk beli.
- Kami tunjuk contoh sistem dan bincang formula harga anda.
- Harga ikut skop, diberi selepas kami faham keperluan anda.
Terima kasih. Permintaan anda dah sampai.
Nak cepat? Teruskan di WhatsApp sekarang. Mesej dah siap ditulis, anda cuma perlu tekan hantar. Kalau tak sempat, kami akan WhatsApp anda untuk tetapkan masa demo.
Teruskan di WhatsApp →