Sistem Khas untuk bisnes anda: dibina ikut flow, bukan ikut template
Sistem Sedia Ada atau Sistem Khas?
Kedua-duanya ada tempat. Yang penting, pilih ikut cara bisnes anda berjalan.
| Sistem Sedia Ada (Ready-Made System) | Software langganan yang sama untuk semua bisnes. Cepat mula, tapi bisnes yang kena ikut cara software. Bayar setiap bulan selagi guna. |
| Sistem Khas (Custom-Built System) | Dibina ikut flow, borang dan laporan bisnes anda sendiri. Bayar untuk kerja yang dibuat, dan sistem jadi milik anda. |
Baca perbandingan penuh: software langganan atau sistem sendiri.
Apa yang boleh kami bina
- Sales & lead: CRM, follow-up lead, quotation automatik, automasi WhatsApp.
- Operasi: tempahan & reminder, stok, progress projek.
- Staf: sistem HR & payroll, kehadiran, cuti, claim dan KPI.
- Kewangan: invois, kutipan bayaran dan sistem akaun.
- Pelanggan & ejen: portal ejen dan komisen, chatbot AI.
- Owner: dashboard ringkas untuk lihat prestasi bisnes di telefon.
Semua sistem boleh dipasang di telefon terus dari link, tanpa Play Store (apa itu PWA).
Contoh sistem yang pernah kami bina
- Sistem HR (PERFORMZ): kehadiran, cuti, claim dan KPI staf.
- Sistem untuk agensi hartanah: urus REA & REN.
- Sistem pinjaman untuk koperasi (ANGKASA).
- Sistem zakat untuk sebuah yayasan.
- Aircond Kit: app percuma bersama channel YouTube KuriBotak.
Cara kami bekerja
- Sesi perancangan percuma 30 minit: kami faham flow bisnes anda dan cadangkan sistem pertama yang paling berbaloi.
- Asas Sistem, dibayar sekali: login staf, database, brand anda, app di telefon, pindah data lama dan latihan.
- Tambah modul ikut keperluan: harga setiap kerja ditunjuk sebelum anda setuju.
- Semua bertulis: Surat Lantikan (LOA) dan skop ditandatangan digital sebelum kerja mula.
Jaminan
- Tiada bayaran bulanan dan tiada kontrak minimum.
- Sistem yang siap dibayar ialah hak milik anda sepenuhnya.
- Kredit yang dibeli tiada tarikh luput.
- Waranti bug 30 hari untuk kerja yang disiapkan.
Untuk bisnes di Malaysia & Brunei
Pejabat kami di Setia Alam, Shah Alam. Perancangan, demo dan latihan dibuat dalam talian, jadi kami boleh bekerja dengan bisnes di seluruh Malaysia dan di Brunei.
Soalan lazim
Apa beza Sistem Khas dengan software langganan?
Software langganan sama untuk semua bisnes dan dibayar setiap bulan. Sistem Khas dibina ikut flow bisnes anda, dibayar untuk kerja yang dibuat, dan jadi milik anda.
Perlu bina semua sistem sekali gus?
Tidak. Mula dengan Asas Sistem dan satu modul yang paling perlu, kemudian tambah bila bisnes bersedia.
Berapa lama untuk siap?
Bergantung pada skop. Anggaran masa diberi selepas sesi perancangan percuma. Baca juga berapa lama bina sistem bisnes.
Boleh untuk bisnes di Brunei?
Boleh. Semua sesi dibuat dalam talian. Lihat ZYK untuk Brunei.
Rancang sistem bisnes anda, percuma.
Sesi perancangan 30 minit tanpa komitmen, secara dalam talian untuk bisnes di Malaysia dan Brunei. Kami cadangkan sistem pertama yang paling berbaloi untuk bisnes anda.
Rancang sistem saya
ZYK TECH