Software langganan atau sistem sendiri: mana lebih jimat untuk SME?
Bezanya macam rumah sewa dengan rumah sendiri
| Software langganan | Sistem sendiri (ZYK) | |
|---|---|---|
| Bayaran | Setiap bulan, selagi guna | Ikut kerja, sekali sahaja |
| Hak milik | Milik syarikat software | Milik anda sepenuhnya |
| Berhenti bayar | Akses ditutup | Sistem terus jalan |
| Cara kerja | Anda ikut cara mereka | Dibina ikut cara bisnes anda |
| Nak tambah ciri | Tunggu mereka, atau naik pakej | Minta, kemudian dibina |
| Data | Dalam server mereka | Data anda, boleh muat turun bila-bila |
Cara kira kos sebenar software langganan
Harga langganan selalu ditulis "sebulan, setiap pengguna". Untuk tahu kos sebenar, darab dengan bilangan staf dan tempoh anda akan guna:
Contoh kiraan: RM50 sebulan × 5 staf × 36 bulan = RM9,000, dan bil masih berjalan selepas itu.
Jangan lupa kos tersembunyi: naik pakej untuk dapat satu ciri yang anda perlukan, tambah pengguna bila team membesar, dan masa staf menyesuaikan diri dengan aliran kerja yang bukan cara bisnes anda.
Bila software langganan lebih sesuai
- Keperluan anda standard dan sistem itu sudah ikut cara kerja anda.
- Anda cuma perlukan untuk tempoh pendek atau sedang menguji idea bisnes.
- Bilangan pengguna sangat kecil dan tidak akan bertambah.
Bila sistem sendiri lebih berbaloi
- Bisnes anda ada cara kerja tersendiri (quotation, jadual, komisen, kelulusan) yang software umum tak ikut.
- Team anda akan bertambah, jadi bayaran ikut pengguna akan terus naik.
- Anda nak data dan sistem kekal milik syarikat.
- Anda nak mula kecil dan tambah sedikit demi sedikit ikut bajet.
Soalan lazim
Sistem sendiri mesti mahal?
Tidak semestinya. Dengan cara bina berperingkat, anda mula dengan Asas Sistem dan satu modul, kemudian tambah bila perlu. Asas dibayar sekali sahaja.
Kalau saya berhenti guna khidmat ZYK, sistem masih jalan?
Ya. Sistem yang siap dibayar ialah milik anda dan terus berfungsi. Kos pihak ketiga seperti domain atau hosting dibayar terus kepada pembekal.
Boleh pindah data dari Excel atau software lama?
Boleh. Asas Sistem termasuk pindah data lama dari Excel, Google Sheets, CSV, kenalan telefon dan Google Forms.
Rancang sistem bisnes anda, percuma.
Sesi perancangan 30 minit tanpa komitmen. Kami cadangkan sistem pertama yang paling berbaloi untuk bisnes anda, dan anggaran kreditnya.
Rancang sistem saya
ZYK TECH