Sistem untuk kontraktor renovation: lead, quotation & progress projek
Di mana bisnes renovation biasanya bocor
- Lead: masuk dari iklan dan WhatsApp, tetapi tiada siapa jejak siapa dah dihubungi.
- Quotation: dibuat manual setiap kali, ambil masa berhari-hari, customer dah pergi ke kontraktor lain.
- Projek: progress, bayaran berperingkat dan perubahan skop direkod di WhatsApp sahaja.
- Selepas siap: waranti dan aduan susah dijejak.
Modul yang biasa diperlukan
| Masalah | Modul | Kredit |
|---|---|---|
| Lead tercicir | CRM Pipeline (status, nota, tugasan) | 680 |
| Quotation lambat | Kalkulator Harga / Quotation Automatik | 450 |
| Hantar quotation | PDF Quotation Auto ke WhatsApp | 340 |
| Customer asyik tanya status | Jadual Projek + Status ke Customer | 570 |
| Kutipan bayaran | Auto-Reminder Bayaran Pelanggan | 300 |
| Untung sebenar setiap projek | Laporan Untung Kasar Ikut Projek | 450 |
Semua modul di atas berdiri atas Asas Sistem (1,350 kredit, sekali sahaja). 1 kredit = RM2. Anda tak perlu ambil semua: kebanyakan kontraktor mula dengan CRM dan quotation, kemudian tambah jadual projek.
Kenapa quotation automatik paling cepat beri pulangan
Bila salesperson boleh keluarkan quotation di rumah customer, pada hari yang sama, peluang closing lebih tinggi berbanding menunggu beberapa hari. Kalkulator harga dibina ikut senarai harga dan formula syarikat anda sendiri.
Soalan lazim
Sistem ikut format quotation syarikat saya?
Ya. Sistem dibina ikut senarai harga, formula dan format dokumen syarikat anda, termasuk logo dan warna.
Boleh guna di site oleh salesperson?
Boleh. Semua sistem ZYK boleh dipasang di telefon dan tablet.
Boleh mula dengan satu modul dahulu?
Boleh. Mula dengan Asas Sistem dan satu modul, kemudian tambah bila bersedia.
Rancang sistem bisnes anda, percuma.
Sesi perancangan 30 minit tanpa komitmen. Kami cadangkan sistem pertama yang paling berbaloi untuk bisnes anda, dan anggaran kreditnya.
Rancang sistem saya
ZYK TECH