Sistem untuk restoran & bisnes F&B: tempahan, stok dan laporan
Dikemas kini 2026-10-25 · ZYK Tech Solutions
Ringkasnya: kebanyakan restoran sudah ada POS untuk jualan di kaunter. Yang selalu tiada ialah sistem untuk perkara di sekelilingnya: tempahan katering, stok bahan mentah, shift staf dan laporan untuk owner. Itu yang boleh dibina ikut cara bisnes anda.
Bahagian yang biasanya masih manual
- Tempahan katering dan event melalui WhatsApp, deposit direkod dalam buku.
- Stok bahan mentah dikira tangan, selalu kehabisan atau membazir.
- Jadual shift dan kehadiran staf.
- Owner tak nampak angka harian tanpa tanya staf.
Contoh: tempahan katering + stok
| Asas Sistem (login staf, database, brand anda, app di telefon, pindah data lama, latihan) | 1,350 kredit |
| Sistem Booking + Auto-Reminder | 650 kredit |
| Deposit & Bayaran Ikut Terma | 660 kredit |
| Sistem Stok & Inventori | 660 kredit |
| Jumlah (sekali sahaja) | 3,320 kredit = RM6,640 |
Harga katalog semasa dalam portal ZYK, kelajuan Standard. Bayar sekali sahaja, tiada bayaran bulanan. Kos pihak ketiga (domain, WhatsApp API, payment gateway) dibayar terus kepada pembekal.
Modul lain yang sesuai untuk F&B: Jadual Shift & Roster Staf (320 kredit), Kehadiran Staf dengan GPS + Selfie (450 kredit) dan Laporan Mingguan Auto ke Telegram/Email (220 kredit).
Soalan lazim
Perlu buang POS sedia ada?
Tidak. Sistem boleh dibina untuk bahagian yang POS tak buat, dan disambung ke sistem lain jika perlu (Integrasi API).
Boleh mula dengan satu cawangan dulu?
Boleh. Mula kecil, kemudian tambah bila bersedia.
Rancang sistem bisnes anda, percuma.
Sesi perancangan 30 minit tanpa komitmen. Kami cadangkan sistem pertama yang paling berbaloi untuk bisnes anda, dan anggaran kreditnya.
Rancang sistem saya
ZYK TECH