Sistem HR & payroll untuk SME: semua urusan staf dalam satu app
Masalah biasa urusan HR di SME
- Permohonan cuti dan claim melalui WhatsApp, lepas tu hilang dalam chat.
- Rekod kehadiran dalam buku atau Excel, susah nak semak bila kira gaji.
- Kira gaji, elaun dan potongan secara manual setiap bulan.
- KPI dan insentif staf tiada rekod yang jelas.
Modul yang boleh dibina
| Kehadiran | Clock-in dan clock-out dari telefon, rekod lewat dan ponteng. |
| Cuti | Mohon dan lulus cuti dalam app, baki cuti dikira automatik ikut polisi syarikat. |
| Claim | Hantar claim dengan gambar resit, lulus oleh ketua, terus masuk rekod. |
| Gaji (payroll) | Kira gaji, elaun dan potongan dari rekod kehadiran dan claim. |
| KPI & insentif | Sasaran ikut jawatan, insentif bulanan dan bonus tahunan. |
| Dashboard owner | Ringkasan staf, cuti dan kos gaji dalam satu skrin. |
Mula dengan modul yang paling menyakitkan sekarang, contohnya cuti dan claim, kemudian tambah payroll dan KPI kemudian.
Sistem Sedia Ada atau Sistem Khas untuk HR?
Software HR langganan sesuai kalau polisi syarikat anda biasa dan anda tak kisah bayar setiap bulan untuk setiap staf. Sistem Khas sesuai kalau syarikat ada polisi cuti, elaun, komisen atau KPI sendiri yang software biasa tak boleh ikut. Contoh: PERFORMZ, sistem HR yang kami bina dengan kehadiran, cuti, claim dan KPI ikut jawatan.
Cara kami bekerja
- Sesi perancangan percuma 30 minit: kami faham flow bisnes anda dan cadangkan sistem pertama yang paling berbaloi.
- Asas Sistem, dibayar sekali: login staf, database, brand anda, app di telefon, pindah data lama dan latihan.
- Tambah modul ikut keperluan: harga setiap kerja ditunjuk sebelum anda setuju.
- Semua bertulis: Surat Lantikan (LOA) dan skop ditandatangan digital sebelum kerja mula.
Jaminan
- Tiada bayaran bulanan dan tiada kontrak minimum.
- Sistem yang siap dibayar ialah hak milik anda sepenuhnya.
- Kredit yang dibeli tiada tarikh luput.
- Waranti bug 30 hari untuk kerja yang disiapkan.
Untuk syarikat di Malaysia & Brunei
Polisi cuti, elaun dan potongan berbeza ikut syarikat dan negara. Sebab itu sistem HR dibina ikut polisi anda sendiri. Sesi perancangan dan latihan dibuat dalam talian.
Soalan lazim
Boleh staf guna di telefon?
Boleh. Sistem dipasang di telefon terus dari link, tanpa Play Store.
Ada bayaran bulanan ikut bilangan staf?
Tiada. Anda bayar untuk kerja membina sistem, bukan setiap bulan untuk setiap staf.
Boleh pindah data staf dari Excel?
Boleh. Pindah data lama termasuk dalam Asas Sistem.
Boleh ikut polisi cuti dan elaun syarikat kami?
Boleh. Itulah kelebihan Sistem Khas: peraturan cuti, elaun, potongan dan KPI dibina ikut polisi anda.
Rancang sistem bisnes anda, percuma.
Sesi perancangan 30 minit tanpa komitmen, secara dalam talian untuk bisnes di Malaysia dan Brunei. Kami cadangkan sistem pertama yang paling berbaloi untuk bisnes anda.
Rancang sistem saya
ZYK TECH