App bisnes tanpa Play Store atau App Store: apa itu PWA?
Dikemas kini 2026-10-25 · ZYK Tech Solutions
Ringkasnya: PWA ialah sistem web yang boleh dipasang ke skrin utama telefon dan dibuka penuh skrin macam app biasa, terus dari link. Untuk sistem dalaman bisnes, ini lebih cepat dan lebih murah daripada app di Play Store atau App Store.
Kelebihan untuk bisnes
- Tiada proses kelulusan app store dan tiada yuran akaun developer app store.
- Satu sistem untuk Android, iPhone, tablet dan komputer.
- Setiap kemas kini terus sampai ke semua staf tanpa perlu update.
- Ikon syarikat anda sendiri di skrin utama.
- Sistem tak tersenarai untuk orang awam; hanya staf yang ada akaun boleh masuk.
Cara pasang
- Buka link sistem di telefon.
- Android: pilih "Install app". iPhone: tekan Kongsi, kemudian "Add to Home Screen".
- Guna macam app. Log masuk sekali sahaja.
Bila perlukan app di app store
Jika app anda untuk orang awam dan perlu ditemui melalui carian di Play Store atau App Store, atau perlukan ciri telefon yang tertentu. Untuk kebanyakan sistem dalaman (staf, ejen, technician), PWA sudah memadai.
Contoh PWA yang dibina ZYK: Aircond Kit.
Soalan lazim
Semua sistem ZYK boleh dipasang di telefon?
Ya. Semua sistem yang ZYK bina boleh dipasang di telefon owner dan staf.
PWA boleh berfungsi tanpa internet?
Bergantung pada sistem. Kebanyakan sistem bisnes perlukan internet untuk data terkini, tetapi paparan asas boleh disimpan dalam telefon.
Rancang sistem bisnes anda, percuma.
Sesi perancangan 30 minit tanpa komitmen. Kami cadangkan sistem pertama yang paling berbaloi untuk bisnes anda, dan anggaran kreditnya.
Rancang sistem saya
ZYK TECH